Jumaat, 10 Mei 2019

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu lagi istilah/termaju untuk teknologi maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu[1] dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon dan isyarat tanpa wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan, dan sistem audio visual yang diperlukan, yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan, menghantar, dan memanipulasi maklumat.[2]
Istilah ICT juga digunakan untuk merujuk kepada penumpuan rangkaian audio-visual dan telefon dengan rangkaian komputer melalui satu sistem kabel atau pautan tunggal. Terdapat insentif ekonomi yang besar (penjimatan kos yang besar disebabkan penghapusan rangkaian telefon) untuk menggabungkan rangkaian telefon dengan sistem rangkaian komputer menggunakan satu sistem penyatuan kabel, pengedaran isyarat dan pengurusan.